Header Ads

Bendera Indonesia Terbalik Tanpa Niat Buruk – TPM


20 OGOS: Isu warna bendera Indonesia dicetak terbalik pada buku cenderamata Sukan SEA ke-29 (KL2017) adalah satu perbuatan yang tidak disengajakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita harus berfikiran terbuka.

“Dalam perkara ini saya tidak fikir dilakukan dengan niat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan, Ahad.

Tegas beliau yang juga Naib Presiden UMNO, perkara itu dilakukan tanpa niat buruk atau mengaibkan mana-mana pihak.

Terdahulu, Malaysia melalui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut memohon maaf secara rasmi terhadap rakyat Indonesia susulan isu berkenaan dan sebentar tadi membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi.

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi juga sudah membuat permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.


Sementara itu, Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan atas majlis perasmian Sukan SEA yang gilang-gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Saya duduk di sebelah PM dan sebelah kanan saya adalah YB Khairy.

“PM memuji Khairy dan kita tahu PM pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dan beliau juga menakhodai Sukan SEA 1989, tetapi beliau memuji apa yang dibuat Khairy kerana pencapaian dan prestasi upacara perasmian gilang-gemilang dengan LED, laser dan sebagainya,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.