Header Ads

BOLA JARING: SKUAD NEGARA KE SEPARUH AKHIR


TANPA banyak saingan, Malaysia mudah mengatasi Filipina 96-11 pada perlawanan untuk memastikan kedudukan ke separuh akhir bola jaring Sukan SEA pada Sabtu (19 Ogos) di Stadium Juara, Bukit Kiara. Malaysia nyata bukan tandingan Filipina dan ketua jurulatih negara Tracey Robinson amat gembira dengan prestasi anak buahnya di atas gelanggang. "Saya mahu pemain mendapat rehat secukupnya kerana mereka telah menempuh perlawanan yang agak sengit sebelum ini. Perlu bersedia untuk perlawanan lebih sengit selepas ini," kata Tracey. Norashikin Kamal Zaman berjaya menjaringkan 18 jaringan gol, manakala penyerang Karishma S. Loganathan berjaya mengutip 8 jaringan gol di mana telah menewaskan skuad bola jaring Filipina 26-2 mata pada suku pertama perlawanan. Malaysia dijangka bertemu Thailand pada separuh akhir. Tracey Robinson, Ketua Jurulatih Malaysia "Para pemain memerlukan rehat secukupnya kerana mereka telah beraksi dalam perlawanan yang sengit pada dan perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya. saya bangga dengan semangat pemain, tetapi tidak mamhu membuat sebarang congakan keputusan menentang Thailand esok." Angelina Fedillaga, Jurulatih Filipina "Kami dibarisi skuad muda dan perlu banyak lagi pengalaman untuk pergi jauh.Malaysia dan Singapura merupakan dua kuasa besar bola jaring di rantau ini jadi nantikan saingan sengit nanti," kata beliau. 

No comments

Powered by Blogger.