Header Ads

Diana Bong sumbang emas ketiga wushu #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara terus cemerlang apabila menyumbang pingat emas ketiganya hari ini menerusi Diana Bong yang mengungguli acara Nanquan wanita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.
Diana beraksi cemerlang selepas mencatat 9.66 mata untuk meninggalkan pemenang emas dua tahun lalu, Myint Aye Thitsar yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada temasya kali ini dengan catatan 9.64 mata.
Gangsa digondol oleh atlet Vietnam, Nguyen Thuc Anh yang mencatat 9.62 mata.

No comments

Powered by Blogger.