Header Ads

Ekuestrian Dressage Berpasukan Sumbang Emas #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


SKUAD ekuestrian negara menepati ramalan awal apabila mengutip pingat emas acara dressage berpasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Ekuestrian 3Q, Rawang, sebentar tadi.

Malaysia diwakili oleh Edric Lee yang menunggang kuda Windsor, Quek Sue Yian (Always Magic), Quzandria Nur Mahamad Fathil (Rosenstolz) serta jaguh negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil (Walkuere) berjaya mencatatkan mata 210.947 keseluruhan untuk menebus kekecewaan di tempat ketiga dalam saingan di Singapura, dua tahun lalu.

Pingat perak menjadi milik Thailand dengan 206.211 mata manakala Singapura membawa pulang gangsa selepas menduduki tangga ketiga hasil daripada 201.289 mata..

- astro awani

No comments

Powered by Blogger.