Header Ads

Emas Hadiah Hari Lahir Awal #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pasukan trio wanita boling padang negara sekali lagi cemerlang apabila menyumbang emas kedua hari ini.

Lebih menarik, emas ini boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir awal buat Azlina Arshad, yang jatuh pada esok.

"Kejayaan meraih emas pada hari ini sangat bermakna buat diri ini kerana esok adalah hari kelahiran saya.

"Saya meraikan hari yang penuh bersejarah ini bersama dua lagi rakan sepasukan, Noorazlinda Zakaria dan Zuraini Khalid di atas pentas kejayaan," kata Azlina Arshad sejurus tamat perlawanan di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Bukit Kiara sebentar tadi.

Azlina, bersama Noorazlinda dan Zuraini berjaya menundukkan pasukan Filipina 19-11 pada ends ke-17, sekaligus menghadirkan kilauan emas ketiga dari acara boling padang.

Masih berbaki empat emas ditawarkan untuk dua hari lagi.

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.