Header Ads

Emas, Perak Boling Perseorangan Lelaki Milik Malaysia #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Malaysia menebus kehampaan pemain wanita apabila menyapu pingat emas dan perak dalam acara perseorangan boling lelaki akhir menerusi Muhammad Rafiq Ismail dan Adrian Ang pada Sukan SEA ke-29 di Sunway Mega Lane dekat sini, sebentar tadi.

Muhammad Rafiq mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Singapura, dua tahun lalu setelah menyempurnakan 1418 jatuhan pin, meninggalkan Adrian di tempat kedua dengan 1408 jatuhan pin.

Gangsa pula menjadi milik peserta Indonesia, Yeri Ramadona yang melakukan 1380 jatuhan pin.

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.