Header Ads

ENDURANCE KUDA LASAK: SULTAN MIZAN RANGKUL EMAS #BangkitBersama #KitaJuara


SULTAN Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menepati sasaran mengetuai pasukan ekuestrian Malaysia memenangi dua pingat emas dan satu pingat gangsa pada acara Kuda Lasak Endurance 80km di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP di Setiu pada Ahad (20 Ogos). Sultan Mizan menunggang RTES Annaversary untuk memenangi acara individu dengan masa 8 jam 23 minit dan 4 saat. Mengikuti rapat ialah Mohd Bulkhari Rozali (JQ Tuan Junior), yang menang pingat perak, manakala Mohammad Fuad Hashim di tempat ketiga dengan menunggang Mora Makaka. Bagaimanapun, peraturan pertandingan melarang mana-mana penunggang daripada pasukan yang sama untuk memenangi kesemua tiga pingat. Oleh itu, Mohammad Fuad gagal memenangi gangsa. Penunggang dari Thailand Warit Khuntaraporn, yang menduduki tempat keenam, telah memenangi pingat gangsa. Bagi acara berpasukan, Malaysia yang dibarisi Muhammad Fuad, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Abdullah, membolot pingat emas. Penunggang keenam Malaysia, Mohd Yusran Yusuf terpaksa menghentikan perlumbaan setelah kudanya Castlebar Twilight mengalami kecederaan. Sultan Mizan bertitah kemenangan Malaysia ialah berkat kesepaduan dalam pasukan. “Kita telah bekerjasama erat dan strategi kita membuahkan hasil. Walaupun ia merupakan perlumbaan yang lama, ia tidak membosankan atau keletihan tetapi sebaliknya kita menunggang kuda masing-masing dengan bersemangat," titah Sultan Mizan. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua iaitu jurulatih, pengendali kuda, veterinar dan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang membantu kita untuk mencapai sasaran," titah Sultan Mizan. Sultan Mizan berharap kejayaan Malaysia ini akan mencerahkan peluang negara untuk menganjurkan Piala Endurance Asia dan Kejohanan Endurance Remaja Dunia tahun depan. Terdahulu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah melepaskan para peserta. Selain Malaysia, negara lain yang mengambil bahagian ialah Kemboja, Singapura, Thailand dan Brunei.

No comments

Powered by Blogger.