Header Ads

Gimnastik Raih 3 Emas Di MITEC #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pasukan gimnastik artistik negara memulakan aksi individu dengan cemerlang selepas meraih tiga pingat emas termasuk dua pingat emas unik di MITEC, di sini hari ini.

Dua pingat emas unik itu hadir menerusi acara kekuda berpelana yang menyaksikan Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo muncul juara bersama selepas terikat dengan kutipan mata sama iaitu 13.650.

Keputusan itu juga menyaksikan tiada pingat perak diberikan dan Thailand menerusi atlet mereka, Jammorn Prommanee meraih gangsa dengan 13.250 mata.

Satu lagi pingat emas diraih menerusi Tan Ing Yueh dalam acara melombol individu wanita dengan catatan 14.300 mata manakala pingat perak menjadi milik Rifdha Irfhanalufti dari Indonesia dengan catatan 13.288 mata.

Satu lagi wakil Malaysia, Tracie Ang membawa pulang pingat gangsa dengan 12.725 mata

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.