Header Ads

Hamil 5 Bulan Bukan Penghalang Quzandria Nur Raih Emas #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KEHAMILAN altet ekuestrian negara, Quzandria Nur yang memasuki usia lima bulan tidak menjadi penghalang untuk dirinya meraih dua pingat emas. 

Quzandria berjaya memberikan Malaysia hadiah emas dalam acara dressage individu dan acara dressage berpasukan.

Walaupun sedang hamil, Quzandria masih mampu untuk mempamerkan persembahan bertenaga bersama kudanya, Rosenstolz.

Dalam acara dressage individu, Quzandria berjaya mencatat mata keseluruhan 152.029 untuk merangkul emas.

"Saya telah berbincang dengan doktor mengenai keadaan saya tetapi kehamilan tidak menggugat saya. Kejayaan ini dianggap sebagai rezeki.

"Permainan kali ini merupakan satu cabaran buat saya tetapi menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna," katanya.

Dalam acara sama, tempat kedua menjadi milik abangnya, Qabil Ambak, yang menunggang Walkuere dengan mencatat 149.547 mata manakala tempat ketiga disahkan oleh wakil dari Singapura, Caroline Chew, yang menunggang Tribiani.

- astro awani

No comments

Powered by Blogger.