Header Ads

Indonesia Bantah Insiden Baling Mercun, KJ Di Serbu #KL2017


SHAH ALAM: Susulan perlawanan separuh akhir Sukan SEA ke-29 antara pasukan Malaysia dan Indonesia malam tadi, pasukan Indonesia melahirkan bantahan terhadap apa yang disifatkan insiden membaling mercun yang dikatakan berlaku sewaktu perlawanan.

Ketua jurulatih pasukan Indonesia, Luis Milla Aspas dalam sidang akhbar yang dilakukan selepas perlawanan itu menyatakan bahawa mercun telah dilontar ke arah pemain pasukannya yang sedang memanaskan badan sehingga didakwa menyebabkan kecederaan kepada beberapa pemain mereka termasuk berlaku pendarahan.

"Kami (Indonesia) bukan mahu protes tentang penalti yang mungkin sepatutnya kami perolehi. Apa yang kami mahu protes adalah tentang insiden balingan 'bom' (mercun) yang menyebabkan kecederaan kepada pemain kami. Ada berlaku pendarahan. Mereka tahu pemain kami sedang memanaskan badan di situ," katanya.

Sementara itu beberapa pegawai pasukan Indonesia dilihat cuba menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebaik melihat kelibat beliau turun ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan Malaysia.

Ia dipercayai bagi melahirkan bantahan kepada beliau. Namun keadaan berjaya dikawal sepenuhnya tanpa ada insiden buruk berlaku.

- astro awani

No comments

Powered by Blogger.