Header Ads

Irfan sah beraksi #BangkitBersama #KitaJuara #Kl2017


KUALA LUMPUR: Biarpun mengalami kecederaan minggu lalu, ia tidak menjadi halangan buat jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin beraksi dan mempertahankan pingat emas dalam saingan olahraga Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang disingkap secara rasmi, esok.
Irfan menjadi pertaruhan terbaik skuad olahraga untuk merangkul emas pertama apabila turun beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada jam tiga petang, esok.
Ketua jurulatih negara, Zainal Abas berkata, Irfan sudah kembali menjalani latihan semalam dan keadaan dia semakin baik.
"Dia sudah cuba membuat latihan semalam dan kelihatan OK.
"Saya harap dia dapat beraksi dengan baik dan boleh menyumbangkan emas buat negara," katanya.
Irfan menjadi prospek terbaik skuad olahraga negara untuk menyumbangkan emas tetapi penyertaannya mencetuskan tanda tanya selepas cedera buku lali minggu lalu sehingga menyebabkan dia terpaksa menarik diri sebagai pembawa obor ketika majlis perasmian KL2017.
Berdasarkan prestasinya tahun ini, kejayaan memecahkan rekod Asia Tenggara 62.55 meter mengukuhkan lagi peluangnya mencipta hatrik emas di temasya dwitahunan itu.
Dua tahun lalu, Irfan antara tiga atlet negara yang menyumbangkan emas di Sukan SEA Singapura bersama-sama Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi) dan Hakimi Ismail (lompat kijang).

No comments

Powered by Blogger.