Header Ads

Izad mahu hadiah pingat untuk arwah ibu bapa #KL2017 #BangkitBersama #KitaJuara


KUALA LUMPUR: Kilauan pingat emas begitu diharapkan oleh pertahanan skuad hoki negara, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin sebagai hadiah terbaik untuk kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia tahun ini.
Izad melalui tempoh yang cukup sukar apabila kehilangan bapanya Jamaluddin Mat Yusof yang meninggal dunia Mac lalu, sebelum ibunya Hazizah Yusuf pula dijemput Ilahi minggu lalu.
"Mereka berdua adalah antara individu yang memberi sokongan padu untuk saya serta abang (Roslan Jamaluddin) dalam sukan hoki.
"Dengan sokongan mereka, kami berdua berjaya sehingga dapat mewakili skuad kebangsaan.
"Memang saya akui ketiadaan mereka berdua satu kehilangan besar. Tapi ia tak patahkan semangat saya untuk Sukan SEA kali ini.
"Emas adalah hadiah terbaik untuk mereka berdua," katanya.
Skuad hoki lelaki negara akan turun pada perlawanan pertama bertemu Indonesia, Rabu ini, diikuti Thailand, Singapura dan Myanmar.
Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen itu membariskan pemain terbaik yang rata-rata beraksi di kempen kelayakan Piala Dunia di London, Jun lalu.
Mereka disasarkan untuk wajib meraih pingat emas oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

No comments

Powered by Blogger.