Header Ads

Karate: Kata Berpasukan Lelaki Butir Emas Ke-51 #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR: Skuad karate berpasukan lelaki negara mempamerkan kecemerlangan untuk meraih pingat emas ke-51 buat Malaysia bagi kategori kata berpasukan lelaki dalam saingan di Dewan 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Ternyata pasukan negara tidak berdepan masalah untuk mengungguli kategori yang kali terakhir dipertandingkan dalam temasya pada empat tahun lepas.

Gandingan trio Emmanuel Leong, Hoe Thomson dan Lim Chee Wei berjaya menewaskan wakil dari Indonesia 5-0 untuk mengesahkan kedudukan pertama manakala pingat gangsa menjadi milik Vietnam.

Kemenangan itu menyaksikan Chee Wei meraih emas kedua peribadi dalam saingan Sukan SEA 2017 selepas mengutip emas pertamanya bagi kategori kata individu lelaki, Selasa lalu.

 - astro awani

No comments

Powered by Blogger.