Header Ads

Kemarau Emas Bola Jaring 16 Tahun Berakhir #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menumpaskan musuh tradisi Singapura pada perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL 2017 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.

Skuad negara tidak memberi peluang kepada Singapura untuk mengatasi mereka dalam keempat-empat suku.

Pertemuan dua musuh ketat di pentas akhir itu bagaikan ulangan dan Malaysia tidak mensia-siakan peluang terbaik dalam membalas dendam sekaligus merampas emas yang 'dipinjamkan' kepada Singapura apabila tewas tipis 43-46 dua tahun lalu.

- astro awani

No comments

Powered by Blogger.