Header Ads

Khairy, Ekuestrian Polo Malaysia Terus Cemerlang #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


PUTRAJAYA: Skuad ekuestrian polo Malaysia terus pamer aksi cemerlang selepas memastikan kemenangan kedua apabila membenam Singapura 13-2 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini, sebentar tadi.

Sebelum itu, pasukan negara membuka saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan kemenangan 12-4 ke atas Brunei.

Pada cukka pertama, Malaysia mendahului 4-0, menerusi Shaik Reismann Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman yang masing-masing menghasilkan dua gol.

Bermula cukka kedua, skuad negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menambah derita Singapura apabila Shaik Reismann menambah dua lagi gol manakala satu daripada Tengku Ahmad Shazril.

Selepas saingan bersambung, Singapura akhirnya memecah kebuntuan menerusi Garcha Satinder Garcha namun Tengku Ahmad Shazril terus pamer ketajaman menambah dua lagi gol serta dua daripada Mohd Zulhelmi Nadzar.

Di cukka keempat, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril melengkapkan kemenangan negara manakala satu lagi gol Singapura dihasilkan Ameer Jumabhoy.

No comments

Powered by Blogger.