Header Ads

KJ Menghadap Sultan Johor, Jelas Perkembangan Sukan SEA #KL2017


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam bagi menjelaskan perkembangan yang berkaitan dengan Sukan SEA KL2017.

Gambar-gambar pertemuan termasuk dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebanyak 10 keping itu disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers dengan tajuk:'HM Sultan Of Johor and HRH Crown Prince Of Johor Grant Audience to YB Khairy Jamaluddin. Hidup Johor Demi Johor'.



Pertemuan berkenaan mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata menyifatkannya sebagai satu tindakan yang beradab daripada Khairy Jamaluddin.

"Hebat betul YB Khairy ni, betul-betul anak jantan berjiwa besar," antara yang ditulis Karliff Abdullah.

Posting dan gambar-gambar pertemuan tersebut mendapat 15,000 reaksi serta 2,500 perkongsian selepas dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers.

Pertemuan tersebut susulan Sultan Ibrahim mencabar skuad polo Sukan Sea yang diterajui Khairy untuk bertanding menentang pasukan Johor dalam acara kuda lasak itu.

“Harap tiada lagi pihak yang cuba melagakan saya dan keluarga DiRaja Johor,” kata Khairy di laman sosial Twitternya pada Jumaat.

Pada aksi pagi Khamis, skuad polo negara terus mempamerkan aksi cemerlang selepas menundukkan Singapura 13-2 di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Ia adalah kejayaan kedua selepas menumpaskan pasukan Brunei dalam saingan yang pertama dengan kemenangan 12-4.

- astro awani , FB Johor Southern Tigers, Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.