Header Ads

KRIKET: M'SIA TUMPASKAN THAI, VIRANDEEP BUAT 79 LARIAN


Virandeep Singh membuat 79 larian bagi membantu Malaysia membelasah Thailand 160 larian dalam perlawanan kriket 50-over Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kinrara Oval pada Jumaat (18 Ogos). Batsman tinggi lampai itu telah memulakan rentak pantas bersama Ahmad Faiz (46), termasuk dua sixes dan dua fours off 88 bola selepas pasukan tuan rumah berada pada 88-2, kehilangan ketua pasukan Anwar Arudin untuk 42 larian dan Nowira Zazmie 19 larian. Malaysian mencatat 265 larian dengan kehilangan lima wiket sebelum menghabiskan sepenuhnya 50 overs. Thailand pula kehilangan 105 larian dalam 35 over dengan C. Pengkumta membuat 21 larian, N. Mayer 15 dan K. Sonamontree 10 larian. Myanmar akan bertemu Indonesia pada Sabtu (19 Ogos). Kriket dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA kali ini dengan menawarkan pingat emas bagi acara lelaki 50 overs dan T20, serta acara wanita T20. Keputusan: Malaysia 265-5 dalam 50 overs (Virandeep Singh 79, Ahmad Faiz Noor 46, Anwar Arudin 28, Norwira Zazmie 19, Suhairil Fetri 15 not out; N. Sonamontree 2-69). Thailand 105 dalam 35 overs (C. Pengkumta 21, N. Mayer 15, K. Sonamontree 10; Devindran Mogan 3-10, Muhammad Shukri Abdul Rahim 2-25, Muhammad Wafiq Ifran 2-22). Keputusan: Malaysia menewaskan Thailand dengan 160 larian

No comments

Powered by Blogger.