Header Ads

Luncur Air: Aaliyah Rangkul Emas Overall Ski Air #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


PUTRAJAYA: AALIYAH Yoong Hanifah muncul pemenang pingat emas acara overall wanita ski air dalam Sukan SEA Ke-29 di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, sebentar tadi.

Dia tidak berhadapan sebarang masalah untuk mengungguli dua pusingan membabitkan tiga disiplin, slalom, trick dan jump.

Dia beraksi konsisten dalam disiplin kegemarannya iaitu trick, dan selepas membuat cubaan kali ketiga dalam disiplin terakhir (jump) Aaliyah mengesahkan kedudukannya selaku pemenang emas bagi acara overall.

Dia mempertahankan emas yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu.

Pingat perak pula dimenangi oleh atlet Indonesia, Nur Alimah Priambodo, manakala gangsa menjadi milik senegaranya, Rossi Amir.

Sementara itu, Aiden Yoong Hanifah, terpaksa menarik diri daripada acara overall luncur air hari ini selepas mengalami demam panas.

Bagaimanapun, dia dijangka akan menyertai acara trick individu pada Selasa dan Rabu ini.

- astro awani

No comments

Powered by Blogger.