Header Ads

Malaysia Perbaharui Rekod Kebangsaan 4x100 Meter #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kuartet 4x100 meter lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, dengan catatan masa 39.27 saat.

Catatan masa itu mengatasi rekod sebelum ini, 39.62 saat yang dilakukan pada Julai lalu di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam.

Kuartet negara, bagaimanapun, menamatkan saingan hari ini di tempat keempat.

Emas dirangkul oleh kuartet Thailand yang turut memperbaharui rekod temasya dengan catatan 38.90 saat berbanding rekod yang dipegang oleh mereka sendiri, 38.95 saat.

Terdahulu, rekod temasya dalam acara 4x100 meter wanita turut dipecahkan oleh pelari Vietnam dengan catatan masa 43.88 saat.

Catatan itu memperbaharui rekod sebelum ini milik Thailand 44.00 saat yang dibuat pada tahun 2013.

Kuartet negara menamatkan saingan dalam acara itu di tempat kelima.

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.