Header Ads

Malaysia Raih Satu Emas Dan Satu Perak Acara Qiangshu #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Jaguh wushu Malaysia memulakan hari kedua temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan menyumbangkan satu pingat emas dan satu pingat perak acara qiangshu lelaki hari ini.

Yeap Wai Kin memperoleh 9.68 mata untuk mengejutkan rakan senegara dan pemenang Piala Dunia Wong Weng Son yang meraih pingat perak dengan 9.65 mata di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Atlet Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy merangkul gangsa selepas mengumpul 9.63 mata.

Bagi acara qiangshu wanita, atlet Vietnam Thuy Vi Duong meraih pingat emas dengan 9.67 mata manakala atlet Malaysia Phoon Eyin dan Myanmar Oo Sandi, masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa dengan catatan 9.66 dan 9.65 mata.

Seorang lagi jaguh wushu negara, Khaw Jun Lim membawa pulang pingat gangsa dalam kategori daoshu/gunshu lelaki.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.