Header Ads

Muhaizar, Huong Leong sandaran maraton pagi ini #BangkitBersama3KitaJuara

PUTRAJAYA: Sandaran negara, Muhaizar Mohamad dan Tan Huong Leong sebentar tadi memulakan langkah masing-masing di Dataran Putrajaya di sini, bagi merebut emas acara maraton pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Larian berkenaan membabitkan jarak sejauh 42.2 kilometer.
Acara yang bermula jam 6 pagi itu turut disertai 13 peserta termasuk penyandang juara Sukan SEA dua tahun lalu, Soh Rui Yong dari Singapura dan pemenang perak, Boonthung Srisung dari Thailand.

No comments

Powered by Blogger.