Header Ads

Ragbi Lelaki Sumbang Emas #KitaJuara #KL2017


KELANA JAYA 20 Ogos - Aksi yang cukup mendebarkan telah dipamerkan oleh pasukan ragbi lelaki Malaysia apabila bertemu Singapura di perlawanan akhir Sukan Sea 2017 petang tadi .

Perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin itu turut mendapat sokongan padu dari seluruh penyokong Malaysia yang hadir beramai-ramai ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Walaupun Singapura berjaya menyamai jaringan dengan Malaysia pada minit-minit awal namun pasukan ragbi negara bangkit melawan sehingga ke wisel penamat dan menewaskan Singapura 22 - 7 seterusnya meraih pingat emas buat negara.

Berikut adalah aksi Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin sebelum bermulanya pertandingan akhir antara Malaysia menentang Singapura petang tadi ;



Kata-kata semangat dari Khairy kepada pasukan ragbi lelaki Malaysia untuk terus fokus demi Malaysia #KitaJuara

Berikut adalah kedudukan pungutan pingat bagi kontijen Malaysia dan negara-negara bertanding ;

📊KEDUDUKAN TERKINI PUNGUTAN PINGAT SUKAN SEA 2017

🇲🇾Malaysia 🥇16 🥈10 🥉10
🇸🇬Singapura 🥇6 🥈7 🥉6
🇹🇭Thailand 🥇4 🥈4 🥉4
🇮🇩Indonesia 🥇2 🥈4 🥉7
🇻🇳Vietnam 🥇2 🥈3 🥉1
🇲🇲Myanmar 🥇2 🥈1 🥉0
🇵🇭Filipina 🥇1 🥈1 🥉2
🇱🇦Laos 🥇0 🥈1 🥉1
🇧🇳Brunei 🥇0 🥈0 🥉4
🇰🇭Kemboja 🥇0 🥈0 🥉3
🇹🇱Timor Leste 🥇0 🥈0 🥉0

✅Kedudukan dikemaskini pada jam 6:00 PM (Ahad)

No comments

Powered by Blogger.