Header Ads

RUGBY 7S: HARI BERSEJARAH BUAT RAGBI MALAYSIA


PENANTIAN pingat emas ragbi yang berpanjangan untuk Malaysia berakhir dengan kemenangan 22-7 pasukan tuan rumah ke atas Singapura di Stadium MBPJ pada Ahad (20 Ogos). ​Pada ​ perlawanan yang turut disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, ​skuad ​ ragbi lelaki Malaysia mempamerkan permainan cemerlang ​dan berjaya​ men ​gekang​ serangan pihak lawan. Muhammad Azwan Zuwairi, Muhammad Zulhisham Rasli, Mohamad Nur Azri Azmi dan kapten Zulkiflee Azmi bertanggungjawab dalam membuat try. Singapura hanya membuat satu try melalui Nicholas Yau. Malaysia menempah tempat ke perlawanan akhir selepas membelasah Indonesia 75-0 dalam perlawanan kumpulan. Sebelum itu, mereka tewas 7-12 kepada Thailand. Pasukan Thailand melakaukan ​ ​kejutan​ apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Filipina 26-7 untuk pingat gangsa. Sementara itu, ​skuad ragbi wanita negara ​ juga mencatat sejarah apabila memenangi gangsa setelah mengalahkan Filipina 7-5. Siti Farhanita Maddin telah melakukan try manakala Rozliana Mohd Ridwan membuat conversion. Thailand pula menewaskan Singapura 17-10 untuk meraih emas​.

No comments

Powered by Blogger.