Header Ads

Silat Tambah Emas #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Skuad silat kebangsaan menokok satu lagi pingat emas selepas Nor Hafizah Abu Hassan-Nur Syazreen Malik memenangi acara seni ganda putri Sukan SEA ke-29 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Gandingan yang pernah meraih perak dalam Kejohanan Dunia Silat di Bali tahun lalu itu mencatat markah tertinggi dengan 568 mata, diikuti pasangan Singapura, Nur Azlyana Ismail-Nurhanishah Shahrudin (553) perak, manakala gangsa milik Ririn Rinasih-Riska Hermawan dari Indonesia (545).

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.