Header Ads

SUKAN SEA #KL2017 KJ #BANGKITBERSAMA


Sukan SEA 2017 sudah pun membuka tirainya pada 14 Ogos 2017 yang lalu dan sehingga artikel ini ditulis , kontijen Malaysia sudah pun mengumpul 4 pingat emas , 3 perak , 3 gangsa dan pagi ini dijangka pungutan pingat emas Malaysia akan terus meningkat.

Kesemua pingat emas tersebut telah disumbangkan oleh pasukan Chinlone Linking , skuad memanah wanita (kompaun) , skuad memanah lelaki (kompaun) dan rutin teknikal solo acara renang berirama.

Selain daripada itu pasukan Bolasepak Malaysia pula kini sudah pun memenangi 2 perlawanan berturut-turut mengalahkan Brunei dan Singapura dan bakal meneruskan perjuangan mereka untuk mara ke pertandingan akhir seterusnya menyumbang satu lagi pingat emas buat Malaysia.

Melihat kepada persiapan ke semua pasukan Malaysia bagi Sukan SEA 2017 kali ini , jelas sekali ianya telah direncanakan dengan amat baik sekali dan ke semua pasukan yang kini sedang mewakili Malaysia sudah pun menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencipta kejayaan seterusnya mencapai misi untuk Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017.

Seperkara yang menarik pada temasya Sukan SEA 2017 kali ini adalah ianya bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun dan sudah tentunya semangat para atlet dan seluruh kontijen Malaysia terarah kepada mencapai kejayaan seterusnya menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Lebih istimewanya Sukan SEA 2017 ini adalah peranan yang telah ditunjukkan oleh Y.B. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin , Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC) yang telah turun ke semua acara bertemu para atlet Malaysia memberikan semangat serta sokongan moral secara peribadi malah mengikuti sepanjang pertandingan dijalankan.

Kesungguhan dan sikap mesra YB KJ ini jelas bukan sahaja disenangi oleh para atlet negara tetapi turut menjadi peransang kepada para penyokong Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan negara.













YB Khairy sewaktu pertandingan bolasepak antara Malaysia menentang Singapura bukan sahaja hadir ke stadium menyaksikan perlawanan tetapi turut mengelilingi stadium bertemu sendiri dengan para penyokong Malaysia di pintu masuk stadium bahkan menyelesaikan rungutan para penyokong Malaysia untuk membawa masuk gendang ultra yang sebelumnya tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. 

Tidak ada erti penat dan letih malah YB KJ dilihat lebih agresif apabila berterusan menunaikan tanggungjawab beliau selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia dengan memastikan beliau akan berada di setiap gelanggang yang melibatkan atlet dan pasukan Malaysia bertanding.

Walaupun ada sedikit rungutan yang cuba ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab , ke semua permasalahan yang dibangkitkan telah pun diselesaikan dengan cepat dan pantas KLIK SINI malah rungutan peminat bolasepak tentang sistem keselamatan yang ketat serta petugas mengambil masa yang lama turut mendapat reaksi segera daripada YB KJ.

Isu keselamatan adalah isu paling penting kerana ianya melibatkan banyak pihak dan kerana itu faktor kawalan keselamatan perlulah dilihat dalam konteks yang lebih rasional.Berikut adalah barangan yang telah dirampas oleh pasukan keselamatan yang jelas sama sekali boleh mengundang bahaya.


Menerusi laman twitter peribadinya , YB KJ berjanji akan menambah jumlah kaunter dan petugas untuk perlawanan menentang Myanmar nanti.Satu tindakan pantas oleh YB KJ apabila mendengar keluhan para penyokong Malaysia yang sudah tentunya menjadi perhatian beliau kerana Sukan SEA 2017 bukan sahaja berkaitan atlet , acara dan pingat semata-mata tetapi ianya merangkumi semangat seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit bersama mencipta kejayaan atas nama Malaysia Merdeka.

Dengan majlis perasmian berbaki sehari sahaja lagi , kehadiran YB KJ dan semangat seorang menteri muda yang memikul tanggungjawab dengan penuh emosi dan perasaan ini wajar untuk sama-sama kita hargai.

Ayuh warga Malaysia kita #bangkitbersama kita lakar sejarah #kitajuara

No comments

Powered by Blogger.