Header Ads

Welson Sim Pecahkan Rekod Kejohanan #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Perenang sensasi negara, Welson Sim berjaya memecah rekod kejohanan dalam acara 400 meter gaya bebas dengan mencatat masa 3 minit 50.26 saat di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Perenang berusia 20 tahun itu, memecahkan rekod kejohanan miliknya yang dilakukan di Singapura dua tahun lalu iaitu 3:53.97 saat sekali gus merangkul pingat emas Sukan SEA 2017.

Pingat perak menjadi milik perenang Indonesia, Aflah Fadlan Prawira dengan catatan 3:54.15s manakala gangsa dirangkul Vietnam menerusi Nguyen Huu Kim Son (3:54.20s). - utusan online

No comments

Powered by Blogger.