Header Ads

Wusyu Tambah Emas #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Atlet wusyu negara berjaya mengulangi kejayaan 16 tahun lalu apabila menepati sasaran memperoleh enam pingat emas, dengan emas keenam hadir menerusi Loh Jack Chang dalam acara taijiquan lelaki di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebentar tadi.

Graduan dari Universiti Putra Malaysia itu mendahului dengan 9.66 mata, manakala perak menjadi milik Singapura, Samuel Tan Wei Han (9.52) dan gangsa Myanmar, Htet Khant Min (9.36).

Terdahulu, emas kelima hadir dalam acara nanquan melalui Ho Mun Hua yang menduduki tempat pertama dengan 9.67 mata, diikuti Pham Quoc Khanh dari Vietnam bagi perak (9.66) dan gangsa, Brunei, Md. Sufi Shayiran Roslan (9.65).

- utusan online

No comments

Powered by Blogger.