Header Ads

Giliran Chung Wei, Jamery Siga Jelma Emas #KL2017 #KAMILUARBIASA


KUALA LUMPUR 19 Sept- Yoong Chung Wei dan Jamery Siga sumbang emas kedua dan ketiga buat skuad renang pada Sukan Para ASEAN kali kesembilan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Chung Wei menyumbang emas menerusi acara 50 meter kuak kupu-kupu S14 (masalah pembelajaran) dengan kepantasan 30.01 saat iaitu menyamai rekod temasya.

Sementara itu, Jaremy mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Singapura dengan merekod catatan masa 40.16s dalam acara 50m kuak kupu-kupu S5 (kecacatan anggota). - utusan online

No comments

Powered by Blogger.