Header Ads

Kelayakan Piala Asia: Malaysia Seri 1-1 Dengan Hong Kong


MELAKA: Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong pada perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini.

Keputusan ini menyukarkan Malaysia yang bakal berdepan Korea Utara di perlawanan terakhir pusingan kelayakan ini.

Hong Kong mendahului pada minit ke 53 hasil jaringan Leonardo Sandro sebelum Malaysia mengikat kedudukan 3 minit kemudian melalui jaringan Syazwan Zainon.

Malang buat skuad negara bila dua pemain, Adil Zafwan dan Rizal Ghazali dikenakan kad merah di minit-minit akhir perlawanan dan menyebabkan kedua-duanya tidak dapat beraksi menentang Korea Utara nanti.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong.

Pada perlawanan berikutnya skuad Harimau Malaya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim II Sung, Pyongyang pada 5 Okt. - Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.