Header Ads

Nahas LATAR: Sebarang Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya Di Larang Keras


KUALA LUMPUR: Pihak Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR) menegaskan bahawa sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang sama sekali, sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihak LATAR merujuk kepada kemalangan yang melibatkan pelumba skuad berbasikal lebuh raya paralimpik negara berserta seorang ketua jurulatih yang berlaku di kilometer 12.5 (arah Timur) Lebuh Raya LATAR pagi Khamis.

"Pihak LATAR juga ingin mengingatkan kepada orang ramai tentang larangan berbasikal di lebuhraya sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan," menurut kenyataan itu lagi.

“Sejurus kejadian, Pasukan Ronda dan Emergency Response Team LATAR telah bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memberikan bantuan kecemasan kepada mereka dan mengawal lalulintas, sebelum pihak ambulan dan polis tiba bagi bantuan kecemasan.

“Kesemua mereka telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan segera.

“Kami juga berharap agar kejadian seperti diatas tidak akan berulang lagi dan kami berharap agar kesemua pelumba pelumba yang terlibat akan selamat dan dapat meneruskan misi negara,” tambah pihak LATAR dalam kenyataan tersebut.

Pihak LATAR juga berkata bahawa mereka akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak polis dalam menyalurkan apa jua jenis bantuan yang diperlukan oleh pihak berkuasa dalam membantu siasatan kes kemalangan tersebut.

Dalam perkembangan terkini, pemandu Toyota Hilux itu didakwa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang, Selangor petang tadi. - Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.