Header Ads

Olahraga Tambah Dua Emas #KL2017 #KAMILUARBIASA


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Olahraga membuka hari ketiga temasya Sukan Para ASEAN ke-9 dengan tuaian dua pingat emas di Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini.

Emas pertama hadir melalui Eddy Bernard yang mengungguli acara lompat jauh T37 (cerebral palsy) lelaki.

Eddy, 16 tahun memenangi saingan akhir acara tersebut selepas mencatat jarak lompatan sejauh 5.76 meter (m).

Satu lagi emas hadir melalui K. Hemala Devi Eni dari acara melontar peluru F11/12 (masalah penglihatan), apabila beliau mencatat jarak lontaran sejauh 10.09 meter menewaskan atlet Brunei, Dayang Nor Hensan Awang Mataha yang mencatat 7.79m untuk tempat kedua. - utusan online

No comments

Powered by Blogger.