Header Ads

Pembukaan Sukan Para Asean 2017 Di Hangatkan Dengan Kemunculan Artis YUNA #KL2017


Sukan Para Asean edisi ke-9 di Kuala Lumpur bakal membuka tirainya pada 17 September 2017 ini  , dengan berbaki kira-kira 3 hari sahaja lagi temasya Sukan Para Asean kali ini bakal menampilkan atelt-atlet paralimpik dari seluruh negara bertanding dan sudah semestinya Malaysia selaku tuan rumah tidak ketinggalan dengan menghantar kontinjen terbesar seramai 372 atlet yang akan menyertai ke semua 16 jenis sukan yang dipertandingkan.

Bagi kejohanan kali ini, lebih 1,400 atlet Paralimpik dijangka akan mengambil bahagian dalam 368 acara daripada 16 jenis sukan yang dipertandingkan.

Pastinya debaran ini dihangatkan lagi dengan kemunculan Yuna artis Malaysia yang sedang mencipta nama di luar negara khusus bagi memeriahkan lagi acara pembukaan Sukan Para Asean edisi ke-9 yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Kepada rakyat Malaysia jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk sama-sama memberikan sokongan kepada kontinjen paralimpik negara seterusnya memeriahkan majlis pembukaaan yang pastinya gilang gemilang pada 17 September 2017 jam 8.00 malam.

Jumpa di sana.

                                                         

No comments

Powered by Blogger.