Header Ads

Radiah Raih Emas Lompat Jauh T20 #KL2017 #KAMILUARBIASA


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Siti Noor Radiah Ismail membuktikan kehebatan dalam acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) apabila meraih pingat emas dalam saingan akhir olaharaga Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.

Siti Noor Radiah meraih pingat emas dengan jarak lompatan sejauh 4.99 meter.

Pingat perak acara yang sama turut diraih oleh seorang lagi atlet negara, Nani Shahiera Zawawi yang mencatatkan lompatan sejauh 4.78 meter.

Gangsa jatuh kepada peserta Indonesia, Tiwa dengan jarak lompatan terbaik sejauh 4.62 meter. - utusan online

No comments

Powered by Blogger.