Header Ads

Renang Sumbang Empat Perak #KL2017 #KAMILUARBIASA


KUALA LUMPUR 18 Sept.- Perenang para, Julius Jaranding memenangi pingat perak keempat negara dalam acara 50 meter kuak dada lelaki SB13 pada temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) sebentar tadi.

Dia merekodkan 35.53 saat pada hari pertama acara renang dipertandingkan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini.

Sebelum itu, perenang wanita, Carmen Lim merangkul perak pertama negara menerusi acara 100m gaya bebas S8 wanita dengan catatan 1 minit 29.75 saat, disusuli perak kedua oleh Zadrian Chan dalam acara 200m gaya bebas S14 lelaki (2m 18.87s).

Anderson Jamba juga turut menyumbang perak menerusi acara 50m kuak dada SB3 lelaki (1 m 02.64s). - utusan online

No comments

Powered by Blogger.