Header Ads

SYABAS Mohamad Ridzuan Raih EMAS Acara 200M Lelaki T36 #ParaKL2017 #BangkitBersama #KamiLuarBiasa #NoMoreExcuses


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan kehebatannya apabila mudah memenangi saingan akhir 200 meter T36 (cerebral palsy), Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.

Mohamad Ridzuan atau Dek Wan memenangi saingan akhir tersebut dengan catatan 26.03 saat.

Pingat perak milik atlet dari Indonesia, Muhamad Agung Laksana dengan catatan 26.20s manakala gangsa dimenangi Mohd. Rezza Md. Rashid dari Malaysia dengan catatan 29.69s. - utusan online





No comments

Powered by Blogger.