Header Ads

Tahniah Latif Sumbang Pingat Emas #ParaKL2017 #BangkitBersama #KamiLuarBiasa #NoMoreExcuses



KUALA LUMPUR 22 Sept. - Jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menepati ramalan apabila meraih pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran), Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.

Abdul Latif memenangi pingat emas saingan akhir tersebut dengan jarak lompatan sejauh 7.41 meter (m).

Catatan tersebut bagaimanapun tidak memperbaharui rekod temasya.

Rekod temasya ketika ini ialah 7.43m yang dicatat oleh beliau ketika beraksi di Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura. - utusan online

No comments

Powered by Blogger.