Header Ads

Farah Ann Harap Layak Ke Final


GOLD COAST 5 April - Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berharap beliau mampu layak ke acara all-around individu dan mara ke final dalam salah satu acara di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Gimnas berusia 24 tahun itu akan menyertai acara berpasukan bersama Tan Ing Yueh, Nur Azira Aziri dan Geanie Ng akan bertanding dalam acara empat aparatus (melombol, palang bertingkat, alang imbangan dan acara senaman lantai).

"Ia sungguh hebat, ini Sukan Komanwel ketiga saya, jadi saya amat gembira. Kali ini saya ingin menikmati suasana di sini dan beraksi dengan baik," katanya.

Pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, pasukan negara yang diketuai Farah menamatkan saingan berkumpulan di tempat kelapan, manakala pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, pasukan negara berjaya mendapat tempat keempat.

Gimnas lelaki, Jeremiah Loo dan Tan Fu Jie akan mula beraksi dalam acara pusingan kelayakan individu, hari ini.- Bernama

No comments

Powered by Blogger.